Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

Rakyat Malaysia Jadi Hamba Selama 30 Tahun di London

LONDON: Seorang wanita berusia 69 tahun diselamatkan daripada menjadi hamba domestik di sebuah rumah di sini selama lebih 30 tahun.

Turut diselamatkan seorang wanita warga Ireland berusia 57 tahun dan Briton, 30 tahun yang telah ditahan sejak dari zaman kanak-kanak di Lamberth lapor Sky News, saluran berita yang berpangkalan di United Kingdom.

Kesemua mereka tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain dan berada dalam keadaan trauma telah di bawa ke satu tempat yang selamat.

Saluran berita itu menambah dua orang daripad mereka, seorang lelaki dan wanita yang mana kedua-duanya berusia 67 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan kerana terlibat dengan aktiviti perhambaan domestik.

Sementara itu, AFP memetik Scotland Yark, sebagai berkata polis menyerbu rumah berkenaan selepas menerima laporan yang dibuat melalui panggilan telefon daripada Freedom City, yang dibuat oleh seorang wanita yang mendakwa dia telah ditahan dan haknya dinafikan.

Persatuan tersebut membantu golongan muda memahami apa itu paksaan dalam perkahwinan serta keganasan dalam rumah tangga. Polis berkata wanita itu menghubungi persatuan tersebut selepas menonton dokumentari di televisyen yang memaparkan kerja-kerja amal yang dilakukan oleh persatuan berkenaan.

Pengasa Freedom Charity, Aneeta Prem memberitahu media Britain bahawa wanita warga Ireland berusia 57 itu telah menghubungi persatuan itu.

“Saya rasa mereka semua melihat saya dalam berita dan membuat keputusan untuk menghubungi kami kerana dalam rancangan tersebut saya memberi galakan supaya mereka menghubungi kami untuk mendapatkan bantuan,” kata Prem merujuk kepada panggilan yang dibuat oleh mangsa berkenaan.

Dia menyifatkan layanan yang diterima mangsa sebagai ‘tidak berperikemanusiaan’. Dia turut mendakwa wanita berkenaan turut mengalami penderaan fizikal dan emosi. “Saya percaya jiran mereka tidak tahu langsung apa y ang berlaku. Ia hanya sebuah rumah biasa di tepi jalan.

“Mereka hidup dalam bahaya. Mereka disediakan bilik yang boleh digunakan namun mereka sangat terkongkong dengan apa yang mereka boleh lalkukan serta mereka tidak boleh keluar daripada pintu hadapan.

“Ia sangat luar biasa sekiranya seseorang itu berada dalam situasi yang mereka alami. Ia satu cerita yang menakjubkan,” kata Prem kepada Daily Mail.

Detektif Unit Pemerdagangan Orang, Polis Metropolitan, Kevin Hyland mneberitahu BBC: “Kami telah menyiasat beberapa kes seperti ini seorang pernah disembunyikan selama 10 tahun, namun kami tidak pernah melihat kejadian menyedihkan seperti ini.”

Beliau menambah wanita berkenaan banyak menghabiskan masa di dalam rumah kerana ada pihak yang mengawal kebebasan mereka. Hyland turut memuji tindakan Freedom Charity kerana bekerjasam dalam membantu mangsa.

“Kami sedang menjalankan siasatan meyeluruh bagi melengkapkan siasatan berhubung tuduhan yang amat serius ini,” katanya. Pegawai berkenaan berkata kedua suspek, yang didakwa sebagai ‘ketua keluarga’ telah di bawa ke balai polis di selatan London untuk soal siasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>